Nov 1, 2011

Kembali mendaki

Arsenal 5 - Chelsea 3
Lampard (14')
RVP (36',85',90')
Terry (45')
Santos (49')
Walcott (55') 
Mata (80')


Yaa...kita kembali ke landasan yang sebenar. Kembali mendaki tanpa daki ke takhta liga. Jumlah jaringan yang gila tapi kita menang dengan waras. Ahaha... Awal babak permainan sudah mula menunjukkan bibit-bibit kerisauan. Chelsea menguasai permainan sepenuhnya manakala  Mertersacker seakan-akan goyah. Kerisauan itu mula terpacul apabila Chelsea berjaya menjaringkan gol risau pada awal permainan. Nasib memang menyebelahi kita kerana rupa-rupanya Chelsea juga goyah di bahagian pertahanan membuatkan kita kadang kala berjaya menyusup ke kawasan mereka. Chelsea gol, kita balas, Chelsea gol lagi, kita balas lagi, kita pulak gol, Chelsea pulak balas...fuhhh...wahai ref cepatlah tiup wisel tamatkan permainan. Itu yang diharapkan iaitu keputusan seri 3-3. Debaran 10 minit terakhir semakin memuncak. Bukan boleh percaya sangat Arsenal ni. Macam-macam boleh berlaku dalam 10 minit. Ehh... apahal si John Terry ni? Ahahha...terima kasih sebab flip jatuh dan membiarkan RVP membawa bola dan menipu daya Cech untuk menjaringkan gol dengan keputusan 4-3. Oppss...ada lagi 5 minit..arrghhh..takkan nak bagi seri pulak dah alang-alang lead ni. Last counter-attack, Arteta dengan hensemnya melorongkan bola kepada RVP. Kusangkakan RVP akan terus membawa bola ke petak penalti, rupa-rupanya beliau juga dengan hensemnya merembat deras tanpa berfikir lapan kali. Hasilnya memang tidak diduga bola menerjah jaring. 5-3. Dengan jaringan ke 5 itu dapatlah disimpulkan bahawa kita berjaya mematikan perlawanan. Chelsea kebingungan dengan kekalahan mereka... di Stamford Bridge pulak tu. Memang puas sampai 2 kali tengok perlawanan ini...ahahah...

Barisan sebenar :

Szcznesy

Djourou (Jenkinson 76) – Mertersacker – KoscielnySantos

Song - Arteta

Walcott (Rosicky 79') - Ramsey  - Gervinho (Vermaelen 88')

Van Persie

Positif
- RVP terus tinggi form.
- Walcott masih ingat bola bukan sahaja ke laut.
- Gervinho yang baik hati dan tidak tamak. Bagus.
- Koscielny memang terbaik clearkan bola dan tackle.
- 1st half Santos sampah, 2nd half Superb !!!
- 1st gol Santos di BPL.

- Song bab sauk bersih kaki orang memang best. Clean je tackle dia.

Negatif
- Masih lemah dengan set-piece lawan.
- Nasib baik Szcznesy tak kena red card.
- Djourou lemah dan kerap tak jaga lawan.
- Mertesacker kena berlatih lompat tinggi lagi.

peace...ehh..three-piece

No comments:

Post a Comment