Sep 30, 2011

Pemain baru memang berbaloi

Arsenal 2 - Olympiacos 1
Chamberlain (7')
Santos (19')
Fuster (27')

Kemenangan pertama !!! Ya, inilah kemenangan pertama kita untuk Liga Champion. Selepas Gervinho, Arteta dan Chamberlain menerjah jaring, kini Santos pula menjaringkan gol untuk Liga Champion. Chamberlain juga mencipta sejarah apabila menjadi pemain termuda Inggeris menjaringkan gol untu Liga Champion. Memang puas melihat pemain baru yang berbaloi.

Barisan sebenar :

Szcznesy

Sagna– Mertersacker – Song – Santos

Frimpong

Chamberlain (Ramsey 67') - Arteta – Rosicky – Arshavin (Gibbs 82')

Chamakh (Van Persie 70')


Positif
- Song makin kreatif
- Pemain baru mula menonjol
- Arteta penyelamat gol dari dibolosi
- RVP dapat cukup rehat untuk bertemu Spurs
- Perlawanan terakhir Wenger duduk kerusi penonton 

Negatif
- Pertahanan longgar
- Chamakh kena training banyak lagi untuk score

Rembatan gol kedua selepas lawan bandar haritu


 Santos tak lepas peluang jaringkan gol juga

Sep 28, 2011

Prebiu Liga Champion : Olympiacos (H)

Kecederaan kembali membelenggu wad Arsenal. Gervinho dan Koscielny turut menyertai Walcott berbaring kekejangan. Kelebihan kelajuan kurang dalam skuad ini. Semoga mereka kembali menentang Spurs minggu ni. Dengan skuad yang ada menentang Olympiacos, kita masih mampu bersaing.

Barisan angan-angan :

Szcznesy

Sagna– Mertersacker – Song – Santos

Frimpong

Arteta – Ramsey - Rosicky – Arshavin

Van Persie

Analisis

- Santos perlu main ganti Gibbs.
- Wenger turunkan Song ke pertahanan menggantikan Kos.  
- Harap dapat tengok Arteta main belah kanan
- Rosicky main tengah dan mintak-mintak form dia ON.
- Harap juga dapat tengok Park dan Chamberlain bermain.

Rekod Pertemuan

  9 Dis, 2009
  UEFA CL    Olympiacos (A)  1  0   Kalah
30 Sep, 2009
  UEFA CL    Olympiacos (H)  2  0   Menang

Rekod pertemuan 2009 tidak memberi ketenangan kepada Arsenal. Menang di rumah dan kalah di rumah orang. Memandangkan ini perlawanan di rumah, perlu bermain bersungguh-sungguh membawa bekalan kemenangan untuk bertandang ke rumah orang di Greece kelak. Semoga mendapat kemenangan pertama untuk Liga Champion.

Mamat ni banyak pengalaman main BPL dulu lebih-lebih lagi dengan Arsenal

Sep 26, 2011

Konfiden melonjak

Arsenal 3 - Bolton 0
RVP (45',70')
Song (89')

Barisan sebenar :

Szcznesy

Sagna– Mertersacker – Koscielny – Gibbs

Song - Arteta (Rosicky 82')

Walcott – Ramsey Gervinho (Arshavin 78')

Van Persie (Chamakh 86')


Positif
- RVP bermain dengan cemerlang
- Song the playmaker dan menjaringkan sebiji gol
- Szczesny meneruskan kecemerlangan
- Kembali clean-sheet
- Mana Kevin Davies? Petrov? dijaga rapi oleh PM dan Kosc.
- Konfiden level maintain untuk bertemu Olympiacos

Negatif
- Kelam kabut bila dicounter-attack
- Santos masih dibangku simpanan
- Walcott cedera

RVP dengan gol ke 100


Sep 21, 2011

Prebiu Liga Premier : Bolton (H)

Bolton adalah satu pasukan yang up-down bagi Arsenal walaupun pernah disayur oleh MU. Dengan moral booster oleh pemain-pemain muda ketika menentang bandar Rabu lalu, pasti menyentap senior-senior Arsenal.

Perlu mengekang si tua Petrov master of puppets Bolton. Walaupun raut wajahnya lari termengah-mengah, beliau mampu memberi assist dan gol yang baik.

Barisan angan-angan :

Szcznesy

Jenkinson– Mertersacker – Koscielny – Santos

Song

Walcott – Ramsey - ArtetaGervinho

Van Persie


Analisis
- Santos perlu diberi peluang serasi.
- Jenkinson ganti Sagna cedera.
- Arteta main up sikit.
- Gandingan Walcott dengan Gervinho baru umph.

Rekod Pertemuan

23 Apr, 2011
  BPL    Bolton Wanderers (A)  1  2   Kalah
11 Sep, 2010
  BPL    Bolton Wanderers (H)  4  1   Menang
20 Jan, 2010
  BPL    Bolton Wanderers (H)  4  2   Menang
17 Jan, 2010
  BPL    Bolton Wanderers (A)  2  0   Menang
10 Jan, 2009
  BPL    Bolton Wanderers (H)  1  0   Menang

Rekod pertemuan lampau yang melampaunya Arsenal menang membuktikan bahawa Bolton tiada masalah untuk kalah dengan Arsenal walaupun rekod pertemuan terkini kita Kalah. adess..

Kemenangan ke atas bandar

Arsenal 3 - Shrewsbury Town 1
Collins (16')
Gibbs (33')
Chamberlain (58')
Benayoun (78')

Memandangkan ini perlawanan di Emirates, tiada ada yang perlu dikecut-perutkan lebih-lebih lagi menentang Kelab yang berstatus bandar.

Barisan sebenar :

Fabianski

Jenkinson – Djourou – Ignasi – Gibbs

Chamberlain (Aneke 90') – Frimpong (Ozyakup 77') – Coquelin – Benayoun

Chamakh - Park (Miyachi 71')

Positif
- Chamakh banyak peluang tapi usaha tangga kejayaan.
- Gibbs menjaringkan gol yang agak jarang-jarang lebih-lebih lagi dengan tandukan.
- Coquelin beraksi dengan cemerlang melupakan lara ketika tewas besar dulu-dulu.
- Tendangan deras Chamberlain pasti menjadi siulan.
- Ozyakup assist Benayoun.
- Tak sia-sia pinjam si yahudi ni.

Negatif
- Djourou masih lemah.
- Lawan dengan bandar pon boleh bolos.

Djourou yang masih leka seperti dulu-dulu

Aksi cemerlang AOC. Walcott pasti tercabar kelelakian dia.
 

Sep 20, 2011

Prebiu Carling Cup : Shrewsbury Town (H)


Tak payah nak meroyan sangat mengenangkan beberapa ketewasan lalu. Esok pagi buku baru perlu dibuka. Walaupon terlepas Piala dengan Birmingham edisi lalu, sekarang perlu fokus gol, menang, clean-sheet. Macam biasa, anak-anak muda berjiwa kental jadi judian Wenger.

Barisan angan-angan:

Fabianski

Jenkinson – Djourou – Ignasi – Gibbs

Chamberlain – Frimpong – Coquelin – Miyachi

Chamakh - Park


Rekod Pertemuan

27 Feb, 1991
  Piala FA    Shrewsbury Town (A)   1  0   Menang
30 Jan, 1968
  Piala FA    Shrewsbury Town (H)   2  0   Menang
27 Jan, 1968
  Piala FA    Shrewsbury Town (A)   1  1   Seri

MALAYSIARSENAL

Blog ini diciptakan khas bagi menanggung segala dugaan ketika Arsenal bertungkus-lumus mencari rentak cha-cha di dalam Liga Inggeris musim 2011/2012. Segala kekalahan harus ditelan dan segala kemenangan wajib di kunyah, nikmati dan akhirnya baru telan.

Selepas terlepas beberapa kekalahan permainan, baru blog ini dibina bagi menempuh bersama liku-liku dan pancaroba sebuah kelab yang dicintai dan bukan disembah melainkan Allah. Salam entri pertama.

(nota tambahan : Semoga tiada kelakaran berlaku pagi esok menentang Shrewsbury Town Football Club)