Oct 29, 2011

Prebiu Liga Premier : Chelsea (A)

Kemenangan sempoi lawan Bolton terus-menerus meniup semangat pemain Arsenal. Kini lawan yang betul-betul lawan kembali iaitu Chelsea.

Statistik pertemuan sememangnya menggerunkan kerana semenjak 5 perlawanan hanya 1 kali Arsenal menang. Tetapi harus diingat 1 kemenangan itu adalah kerana ketiadaan Drogba. Adakah dengan ketiadaan Drogba kali ini memberi nasib yang sama iaitu kemenangan?

Barisan angan-angan :

Szcznesy

Djourou– Mertersacker – Koscielny – Santos

Song

Walcott – Ramsey - Arteta – Gervinho

Van Persie

Analisis
- Vermealen kembali cergas semula.
- Jenkinson kembali training. Mungkin ada di bangku simpanan.
- Park dan Arshavin perlu ada di bangku simpanan.
- Kena hati-hati Daniel Sturridge. Pengganti Drogba yang agak gerun juga.


Rekod Pertemuan

27 Dec, 2010
  BPL    Chelsea (H)  3  1   Menang
03 Okt, 2010
  BPL    Chelsea (A)  2  0   Kalah
07 Feb, 2010
  BPL    Chelsea (A)  2  0   Kalah
29 Nov, 2009
  BPL    Chelsea (H)  0  3   Kalah
10 May, 2009
  BPL    Chelsea (H)  1  4   Kalah















Memang badi kalau dia main. Nasib baik dapat kad merah.

Oct 28, 2011

Park tunjuk belang

Arsenal 2 - Bolton 1
Muamba (47')
Arshavin (53')
Park (56')

Park akhirnya menunjukkan taring Koreanya meledak jaringan kemenangan ke atas Bolton dalam perlawanan Carling Cup. Selepas mengecewakan di dalam perlawanan pertama beliau, Park tidak menoleh belakang atau jangan pandang belakang lagi. Cubaan rembatan jauh yang on-shot dan jaringan alalalala Henry memberikan senyuman manis kepada peminat tegar Arsenal.

Arshavin sememangnya menjadi pemain terbaik perlawanan selepas menjaringkan gol pertama dan meng-assist dengan tenang setenang buaya di sungai kepada Park. Beliau lebih selesa bermain tengah berbanding sayap yang perlu terbang dan membuatkan beliau pancit turun naik turun naik. fuh...

Barisan sebenar :

Fabianski

Yennaris - Squillaci - Vermaelen (Boatang 85') – Ignasi
  
Frimpong (Ozyakup 76')

Chamberlain (Miyachi 73') Coquelin – Benayoun

Arshavin - Park

Positif
- Park ada magis. Boleh diharap jika RVP cedera.
- Arshavin di form terbaik.
- Fabianski banyak selamatkan gawang walaupun 1 gol bolos yang dilihat cuai.
- Ketenangan Benayoun mengajar pemain muda.

Negatif
- Chamakh tiada dalam senarai pemain.
- Chamberlain biasa-biasa aja.
- Vermaelen kembali ke pertahanan dengan cemerlang tetapi malang cedera kembali.

 Aku dah buktikan

Oct 25, 2011

Prebiu Piala Carling : Bolton (H)


Kita sudah pun menewaskan Bolton bulan lepas di BPL dengan 3-0. Sudah tiba masanya pemain-pemain remaja menjejaki kemenangan senior mereka. Chamberlain perlu membuktikan lagi pembelian beliau berbaloi-baloi. Chamakh perlu ada gandingan serangan bak kata Wenger dan kali ini sememangnya caturan gandingan bersama Park perlu diaturkan. RVP yang menjaringkan gol ke-100 menentang Bolton bulan lepas akan direhatkan sepenuhnya untuk menentang Chelsea minggu ini.

Barisan angan-angan:

Fabianski

Djourou - Squillaci – Ignasi – Gibbs
  
Frimpong

Chamberlain Coquelin – Benayoun

Chamakh - Park

Rekod Pertemuan

10 Sept, 2011
  BPL    Bolton Wanderers (H)  3  0   Menang
23 Apr, 2011
  BPL    Bolton Wanderers (A)  1  2   Kalah
11 Sep, 2010
  BPL    Bolton Wanderers (H)  4  1   Menang
20 Jan, 2010
  BPL    Bolton Wanderers (H)  4  2   Menang
17 Jan, 2010
  BPL    Bolton Wanderers (A)  2  0   Menang



6-1

Arsenal 3 - Sunderland 1
Gervinho (27')
Peter Crouch (34')
RVP (73', 82') 

6-1 bukanlah keputusan di venue itu. Tetapi form kita dengan 6 kemenangan dan 1 kekalahan kepada Spurs dulu-dulu.  Kita kembali mendaki gunung Liga. Momentum ini diharap berterusan begi menghadapi perlawanan demi perlawanan. Sememangnya tidak dijangka Chamakh diberi kepercayaan untuk starting sebelas. Memang dinantikan apa yang Chamakh mampu lakukan jikalau RVP cedera dimasa hadapan tapi apakan daya Chamakah tidak berjaya mencari ruang menjaringkan gol apatah lagi cubaan marabahaya ke gelanggang lawan. RVP menggantikan Chamakh dan walla, 2 jaringan kelegaan kepada Arsenal. Kurang sikit makian terhadap Wenger dengan kemenangan ini. Hahaa...

Barisan sebenar :

Szcznesy

Djourou – Mertersacker – KoscielnySantos

Song - Arteta

Walcott (Arshavin 71') - Ramsey  - Gervinho (Frimpong 90')

Chamakh (Van Persie 67')

Positif
- Gervinho jaringkan gol dan assist. 
- RVP dapat rehat secukupnya. Main game ni 23 minit je dengan form terbaik !!!
- Szcznesy pun rilek. Tak banyak keluar peluh walaupun bolos sebijik.
- Song berjaya mengetuai pasukan dengan baik.

Negatif
- Chamakh perlu lebih bijak mencari ruang untuk jaringkan gol.
- Djourou perlu lebih persefahaman bersama Szcznesy.
- Walcott masih ke laut.

1 gol 2 assist. fuuuh

Oct 22, 2011

Prebiu Liga Premier : Stoke (H)

Selepas kelegaan kemenangan, kita kembali ke kancah Liga dengan bertemu Stoke. Stoke adalah pasukan yang agresif dan teramat fizikal permainan mereka. Kebarangkalian pemain kita cedera amat tinggi. Harap semua sihat selepas perlawanan dan cergas untuk menghadapi Bolton kelak.

Barisan angan-angan :

Szcznesy

Djourou– Mertersacker – Koscielny – Gibbs

Song

Walcott – Ramsey - Arteta – Gervinho

Van Persie



Analisis
- Vermealen kembali cergas
- Djourou ganti Jenkinson right-back
- Kena hati-hati dengan long ball Stoke
- Perlu tangkis sebarang arial attack dari Stoke.

Rekod Pertemuan

07 May, 2011
  BPL    Stoke (A)  1  3   Kalah
23 Feb, 2011
  BPL    Stoke (H)  1  0   Menang
27 Feb, 2010
  BPL    Stoke (A)  3  1   Menang
24 Jan, 2010
  FA    Stoke (A)  1  3   Kalah
05 Dec, 2009
  BPL    Stoke (H)  2  0   Menang

















Mertersacker yang tinggi itu amat sesuai jaga dia ni

Oct 21, 2011

Panggilan last minit

Arsenal 1 - Marseille 0
Ramsey (93')

Setelah passing yang melalut entah ke laut menentang Spurs dulu-dulu. Ramsey kembali daripada kecederaan dan juga daripada bangku simpanan dengan memberikan sinar kemenangan minit-minit akhir. Ramai dikalangan blogger melontarkan komentar game melawan Marseille ini membosankan. Apa pun kita berjaya mendapat 3 mata dari bumi Perancis.  

Barisan sebenar :

Szcznesy

Jenkinson (Djourou 62') – Mertersacker – KoscielnySantos

Song - Arteta

Walcott (Gervinho 67') - Ramsey (Arshavin 78') - Rosicky

Van Persie

Positif
- Jenkinson rajin bagi cross.
- Rosicky masih bagus.
- Kemenangan di tempat lawan.

Negatif
- Lepas Sagna cedera kini Jenkison pula cedera. So no rightback? Djourou? arghhh...

Aku ni kapten Wales tau tak

Oct 19, 2011

Prebiu Liga Champion : Marseille (A)

Dengan berita Verminator mengikat kontrak sehingga 2015, itu sememangnya menjadi tonik tambahan kepada Arsenal untuk menentang Marseille yang juga bergelut di tangga ke 15 liga Perancis. Jangan terlepas pandang bahawa Marseille telah menumbangkan gergasi jerman dan gergasi greece dalam kumpulan F.

Barisan angan-angan :

Szcznesy

Sagna– Mertersacker – Koscielny – Santos

Song

Walcott - Arteta – Ramsey - Gervinho

Van Persie

Analisis

- Gibbs cedera dan tidak dibawa bersama.
- Park tidak cedera tapi tidak dibawa bersama?
- Ramsey bermain kembali?
- Rosicky dan Arshavin super-sub.
- Perlu sekurang-kurangnya seri.


Rekod Pertemuan

* Belum pernah bertemu !!!

















Jaga-jaga dengan Andre Ayew

Oct 18, 2011

Menang dalam debar


Arsenal 2 - Sunderland 1
RVP (1', 82')
Larsson (31')

Jaringan RVP pada saat ke-29 sememangnya mendebarkan selepas itu. Debaran itu semakin berdebar-debar apabila Larsson bekas pemain Arsenal menjaringkan set-piece yang biasa-biasa. Sepanjang perlawanan sememangnya mendebarkan. Debaran menjangkakan kita hanya kuitp 1 mata dan debaran yang lebih getir jika kita tewas 2-1. Namun debaran reda sedikit selepas RVP menjaringkan set-piece yang lebih menarik dari Larsson. Lagi 10 minit perlawanan tamat, debaran terus menjelma kerana Sunderland terus menyasak dengan asakan bertalu-talu. Mujur Szczesny yang berdebar-debar terus-menerus cemerlang. Tiupan wisel penamat terus melenyapkan debaran ini. Fuhh...memang banyak berdebar perlawanan ini.

Barisan sebenar :

Szcznesy

Jenkinson – Mertersacker – Koscielny – Gibbs (Santos 50')

Song - Arteta

Walcott - Rosicky (Benayoun 76')  - Gervinho (Arshavin 67')

Van Persie

Positif
- Song memang keras kaki dia.
- Jenkinson menunjukkan kematangannya. Rajin dan banyak berlari.
- Rosicky pun bagus. Habis satu padang dia lari menggerakkan jentera tengah.
- Super-sub Arshavin brilliant. Dia masih ingat lagi untuk menggelecek 3-4 orang.

Negatif
- Chamakh tiada dalam senarai? Cedera?
- Walcott sedikit tenggelam.
Siapa Nasri? Siapa Fabregas?

Oct 16, 2011

Prebiu Liga Premier : Sunderland (H)

Minggu Internasional sememangnya membosankan. Tetapi nasib memang menyebelahi rakyat Malaysia sekurang-kurangnya dapat melayan suku akhir Piala Malaysia. ahaha... 

Barisan angan-angan :

Szcznesy

Jenkinson– Mertersacker – Koscielny – Gibbs

Song

Walcott – Ramsey - Arteta – Gervinho
Van Persie



Analisis
- Perlu menang bagi manitain motivasi
- Song kembali defensive midfield aka kreatif midfield
- Gervinho dan Ivory Coast tak terlibat dengan Internasional so dapat rehat cukup
- Walcott pon rilek tak main Internasional
- Park perlu tunjukkan sesuatu
- Chamberlain super sub

Rekod Pertemuan

05 Mar, 2011
  BPL    Sunderland (H)  0  0   Seri
18 Sep, 2010
  Carling    Sunderland (A)  1  1   Seri
20 Feb, 2010
  BPL    Sunderland (H)  2  0   Menang
21 Nov, 2009
  BPL    Sunderland (A)  0  1   Kalah
21 Feb, 2009
  BPL    Sunderland (H)  0  0   Seri

 
Sedih tak dapat balas dendam ngan majikan lama


Oct 4, 2011

%#&!%#*

Arsenal 1 - Tottenham 2
Ramsey (51')
Van der Vaart (40') 
Walker (73')

Tajuk entri yang sakit ulu hati. Sememangya kita wajib akur dengan kekalahan kepada musuh seteru North London. Gervinho dan Walcott yang baru cergas tidak berapa cergas ketika di atas padang. Sepakan deras Walker tidak boleh ditampan dengan baik oleh Szcznesy walaupun beliau seringkali menjadi penghalang terakhir yang bagus dan seringkali menggagalkan percubaan one-on-one.


Barisan sebenar :

Szcznesy

Sagna (Jenkinson 68') – Mertersacker – Song – Gibbs

Coquelin - Arteta

Walcott (Benayoun 72') - Ramsey  - Gervinho (Arshavin 77')

Van Persie

Positif
- Szcznesy banyak save.
- Gibbs banyak peningkatan.
- Song memang bagus bila assist. Harap dia main tengah kembali.
- Coquelin beraksi lebih baik berbanding Ramsey.

Negatif
- Sagna cedera.
- Passing Ramsey mengarut.
- Jenkinson kena lebih konfiden.
- Gervinho dan Walcott belum cukup cergas.
- Dikhabarkan Szcznesy juga cedera. Harap kembali cergas bertemu Sunderland.

Ntah mana la dia passing bola tu

Statistik ada menunjukkan Luka Modric punya passing lebih mengarut daripada Ramsey. Tetapi ngarutan Modric adalah long pass. Bukan short pass ngarutan si Ramsey ni yang terang-terang nampak orang depan mata. 

Ramsey cedera? Berita baik buat Rosicky? Argghhh


Oct 2, 2011

Prebiu Liga Premier : Tottenham (A)

Musuh seteru Arsenal kini ketemu pada Ahad ini. Rekod pertemuan sememangnya seimbang. Gervinho dan Walcott masih cedera. Kalau masukkan Chamberlain pun tiada masalah kerana remaja ini sedang berdarah panas dikakinya.

Barisan angan-angan :

Szcznesy

Sagna– Mertersacker – Song – Santos

Frimpong

Chamberlain– Ramsey - Arteta – Arshavin

Van Persie


Analisis
- Mertersacker score pulak please
- Gervinho dan Walcot 50-50 main
- Adebayor siapa?
- Park perlu peluang main

Rekod Pertemuan

23 Apr, 2011
  BPL    Tottenham (A)  3  3   Seri
11 Sep, 2010
  Carling    Tottenham (H)  4  1   Menang
20 Jan, 2010
  BPL    Tottenham (H)  1  2   Kalah
17 Jan, 2010
  BPL    Tottenham (A)  3  0   Menang
10 Jan, 2009
  BPL    Tottenham (H)  0  0   Seri


Tolong bagi senyap mamat tamak ni