Nov 18, 2011

Prebiu Liga Premier : Norwich (A)

Selepas letih melayan kerenah International dan berbangga menyaksikan Malaysia kalahkan Indonesia 1-0 di Sukan Sea, kini kita kembali fokus kepada liga tempatan aka BPL..ehehhe... Bertemu Norwich pada minggu ini tidak seharusnya di pandang sayur. Sepanjang lima pertemuan terakhir kita tidak pernah tunduk layu kepada Norwich walaupun keputusan dulu-dulu ada yang seri. Van Persie yang direhatkan oleh coach oranje ketika diratah oleh Germany 3-0 pastinya segar-bugar 100%. Tambahan King Henry kembali berlatih suka-suka di Emirates untuk kekal fit sudah tentu memberi motivasi tambahan kepada para pemain.

Barisan angan-angan :

Szcznesy

Djourou – Vermaelen – Koscielny – Santos

Song

Walcott – Ramsey - Arteta – Gervinho

Van Persie


Analisis
- Jenkinson cedera. Djorou? Arghhh.
- Harap Walcott fokus dan tidak ke laut.
- Perlu elakkan free kick lawan.
- Jangan ambil mudah juga dengan Norwich.
- Another clean sheet please.
- Diaby kembali cergas.


Rekod Pertemuan

02 Apr, 2005
  BPL    Norwich (H)  4  1   Menang
28 Aug, 2004
  BPL    Norwich (A)  1  4   Menang
01 Apr, 1995
  BPL    Norwich (H)  5  1   Menang
10 Sept, 1994
  BPL    Norwich (A)  0  0   Seri
13 Feb, 1994
  BPL    Norwich (A)  1  1   Seri


























Pilkington harus diwaspada

Nov 17, 2011

Kapten dan pemangku kapten yang padu

Arsenal 3 West Brom 0
RVP (22')
Vermaelen (39')
Arteta (74')

Memang kemenangan yang dijangkakan walaupun pada awalnya kita ragu-ragu dengan kemampuan dan kekuatan West Brom. Perlawanan ini menyaksikan kita menguasai sepenuhnya perlawanan tanpa gentar dada dan goyang lutut. Adakah disebabkan beberapa star West Brom tidak diturunkan? Gol simple pertama dijaringkan oleh kapten manakala tendangan deras yang dirindui dijaringkan oleh pemangku kapten. Usah dilupa jaringan yang mematikan perlawanan Arteta juga harus dibanggakan kerana ini adalah gol pertama beliau bersama Arsenal.

Ini merupakan clean-sheet perlawanan kedua !!! Adakah Norwich juga kita akan clean-sheet? Sudah tentu itu yang diharapkan disebabkan kembalinya Verminator kita...

Barisan sebenar :

Szcznesy

Jenkinson VermaelenKoscielnySantos

Song - Arteta

Walcott (Arshavin 78') - Ramsey (Rosicky 71') - Gervinho (Benayoun 72')

Van Persie

Positif
- RVP terus tinggi form.
- Vermaelen temui sentuhan golnya walaupun tugasnya defend.
- Clean-sheet kedua.
- Crossing Jenkinson semakin baik.
- Song the best defensive midfield.

Negatif
- Masih goyang bila kena counter-attack.
- Rosicky dan Benayoun perlu lebih kerjasama.

Jaga-jaga, Verminator kembali !!!

Nov 5, 2011

Prebiu Liga Premier : West Brom (H)

Selepas perlawanan yang kurang seri dulu-dulu. Arsenal kembali pulang ke rumah untuk menunggu kedatangan West Brom. Apa? West Brom? Kenapa terkejut? Sebab kali terakhir pertemuan dengan West Brom ini keputusannya adalah seri dan sebelum itu kita kalah !!! Janganlah menganggap perlawanan ini mudah sama sekali.

Barisan angan-angan :

Szcznesy

Jenkinson – Mertersacker – Koscielny – Santos

Song

Walcott – Rosicky - Arteta – Gervinho

Van Persie

Analisis
- Rosicky ganti Ramsey yang penat.
- Jenkinson kembali.
- Jangan ambil mudah dengan West Brom.
- Next clean sheet please.


Rekod Pertemuan

19 Mar, 2011
  BPL    West Brom (A)  2  2   Seri
25 Sept, 2010
  BPL    West Brom (H)  2  3   Kalah
23 Sept, 2009
  Carling    West Brom (H)  2  0   Menang
04 Mar, 2009
  BPL    West Brom (A)  1  3   Menang
16 Aug, 2009
  BPL    West Brom (H)  1  0   Menang


Hmmppphhh...

Nov 4, 2011

Seri yang kurang seri

Permainan yang kurang seri dan kita hanya mampu seri 0-0 dengan Marseille. Seperti yang diangan-angankan beberapa barisan pemain yang menang ke atas Chelsea dulu-dulu direhatkan seperti RVP, Koscielny dan Djourou. Dengan masing-masing liat untuk dibolosi, padahnya perlawanan yang tidak berapa menarik ditonjolkan. Dan akhirnya 0-0. Malas dah nak review banyak-banyak perlawanan yang tak menonjol ni. Ahahah... Perlawanan yang perlu menang tapi kita tak berjaya. Selepas ini perlu menang ke atas Dortmund atau Olympiacos untuk melayakkan kita ke peringkat seterusnya.


Szcznesy

Jenkinson– Mertersacker – Vermaelen – Santos

Song

Walcott - Arteta – Ramsey (Rosicky 66') - Gervinho (Arshavin 77')

Park (Van Persie 62')


Positif
- Clean sheet.
- Vermaelen memang kental, vice kapten yang power dan fully 90 minit main.
-
Song pon kental macam biasa.

Negatif
- Gervinho banyak hilang bola.
- Walcott kembali ke laut.
- Park masih mencari sesuatu.
- Ramsey nampak penat.

Nov 1, 2011

Prebiu Liga Champion : Marseille (H)

Jaringan minit-minit terakhir Ramsey pada perlawanan pertama di Marseille bukanlah satu kelegaan kerana gol itu adalah minit ke-93 !!! Ini menunjukkan kedua-dua pasukan sukar ditembusi dan sama-sama liat. Kemenangan dengan jumlah jaringan yang gila tempoh hari sudah pasti menjadi pambakar semangat kegilaan para pemain Arsenal. Harap tuah di Emirates juga menyebelahi kita. Jika kita berjaya mengalahkan Marseille, maka kita berada di zon yang selesa dan hanya perlu seri sahaja selepas itu.

Barisan angan-angan :

Szcznesy

Jenkinson– Mertersacker – Koscielny – Santos

Song

Walcott - Arteta – Ramsey - Arshavin

Park

Analisis

- Park starting 11?
- Bagi can RVP rehat.
- Gervinho pun boleh relaks bagi Arshavin start.
- Jenkinson ganti Djourou. Jenkinson lebih dipercayai.
- Vermaelen di bangku simpanan.


Rekod Pertemuan

19 Okt, 2011
  CL    Marseille (A)  0  1   Menang


Bagi aku buktikan sekali lagi Mr Wenger

Kembali mendaki

Arsenal 5 - Chelsea 3
Lampard (14')
RVP (36',85',90')
Terry (45')
Santos (49')
Walcott (55') 
Mata (80')


Yaa...kita kembali ke landasan yang sebenar. Kembali mendaki tanpa daki ke takhta liga. Jumlah jaringan yang gila tapi kita menang dengan waras. Ahaha... Awal babak permainan sudah mula menunjukkan bibit-bibit kerisauan. Chelsea menguasai permainan sepenuhnya manakala  Mertersacker seakan-akan goyah. Kerisauan itu mula terpacul apabila Chelsea berjaya menjaringkan gol risau pada awal permainan. Nasib memang menyebelahi kita kerana rupa-rupanya Chelsea juga goyah di bahagian pertahanan membuatkan kita kadang kala berjaya menyusup ke kawasan mereka. Chelsea gol, kita balas, Chelsea gol lagi, kita balas lagi, kita pulak gol, Chelsea pulak balas...fuhhh...wahai ref cepatlah tiup wisel tamatkan permainan. Itu yang diharapkan iaitu keputusan seri 3-3. Debaran 10 minit terakhir semakin memuncak. Bukan boleh percaya sangat Arsenal ni. Macam-macam boleh berlaku dalam 10 minit. Ehh... apahal si John Terry ni? Ahahha...terima kasih sebab flip jatuh dan membiarkan RVP membawa bola dan menipu daya Cech untuk menjaringkan gol dengan keputusan 4-3. Oppss...ada lagi 5 minit..arrghhh..takkan nak bagi seri pulak dah alang-alang lead ni. Last counter-attack, Arteta dengan hensemnya melorongkan bola kepada RVP. Kusangkakan RVP akan terus membawa bola ke petak penalti, rupa-rupanya beliau juga dengan hensemnya merembat deras tanpa berfikir lapan kali. Hasilnya memang tidak diduga bola menerjah jaring. 5-3. Dengan jaringan ke 5 itu dapatlah disimpulkan bahawa kita berjaya mematikan perlawanan. Chelsea kebingungan dengan kekalahan mereka... di Stamford Bridge pulak tu. Memang puas sampai 2 kali tengok perlawanan ini...ahahah...

Barisan sebenar :

Szcznesy

Djourou (Jenkinson 76) – Mertersacker – KoscielnySantos

Song - Arteta

Walcott (Rosicky 79') - Ramsey  - Gervinho (Vermaelen 88')

Van Persie

Positif
- RVP terus tinggi form.
- Walcott masih ingat bola bukan sahaja ke laut.
- Gervinho yang baik hati dan tidak tamak. Bagus.
- Koscielny memang terbaik clearkan bola dan tackle.
- 1st half Santos sampah, 2nd half Superb !!!
- 1st gol Santos di BPL.

- Song bab sauk bersih kaki orang memang best. Clean je tackle dia.

Negatif
- Masih lemah dengan set-piece lawan.
- Nasib baik Szcznesy tak kena red card.
- Djourou lemah dan kerap tak jaga lawan.
- Mertesacker kena berlatih lompat tinggi lagi.

peace...ehh..three-piece