Oct 28, 2011

Park tunjuk belang

Arsenal 2 - Bolton 1
Muamba (47')
Arshavin (53')
Park (56')

Park akhirnya menunjukkan taring Koreanya meledak jaringan kemenangan ke atas Bolton dalam perlawanan Carling Cup. Selepas mengecewakan di dalam perlawanan pertama beliau, Park tidak menoleh belakang atau jangan pandang belakang lagi. Cubaan rembatan jauh yang on-shot dan jaringan alalalala Henry memberikan senyuman manis kepada peminat tegar Arsenal.

Arshavin sememangnya menjadi pemain terbaik perlawanan selepas menjaringkan gol pertama dan meng-assist dengan tenang setenang buaya di sungai kepada Park. Beliau lebih selesa bermain tengah berbanding sayap yang perlu terbang dan membuatkan beliau pancit turun naik turun naik. fuh...

Barisan sebenar :

Fabianski

Yennaris - Squillaci - Vermaelen (Boatang 85') – Ignasi
  
Frimpong (Ozyakup 76')

Chamberlain (Miyachi 73') Coquelin – Benayoun

Arshavin - Park

Positif
- Park ada magis. Boleh diharap jika RVP cedera.
- Arshavin di form terbaik.
- Fabianski banyak selamatkan gawang walaupun 1 gol bolos yang dilihat cuai.
- Ketenangan Benayoun mengajar pemain muda.

Negatif
- Chamakh tiada dalam senarai pemain.
- Chamberlain biasa-biasa aja.
- Vermaelen kembali ke pertahanan dengan cemerlang tetapi malang cedera kembali.

 Aku dah buktikan

No comments:

Post a Comment